Wednesday 19 December 2012

Tiap-tiap tahun sama :)

Suka tulis aih..Dari semalam lagi nih..
* Yela..esok2 belom tentu lagi aku online =..=

:: Terus mencari rezeki - Aku harap sangat bila masuk tahun baru 2013 nanti aku dah xda penyakit suka sangat nak brenti2 keja dengan sesuka hati .. Semakin bertambah usia ni so faham2 sendiri.. Aku dah boleh pk kan -_-

:: Menabung - Giatkan usaha menambahkan koleksi syiling2 xpun kertas beharga dalam tabung

:: Bayar Hutang PTPTN - Dah lama rasanya x bayar -..-

:: Berkongsi rezeki bersama keluarga - Jangan mintak duit ayah mak lagi kecuali terdesak..Paw duit orang lain boleh..haha

:: Beli hanphone - Hp putus nyawa jadi  perlukan nafas baru

:: Kawen eh eh eh  =,= Aku ingat nak kawen taun ni la :p

Kebusukan

Ok ni crita untuk 15.12.12

''Awak dengan saya kan xda apa-apa''

Oh apa patut aku buat..Marah? Hentak2 kaki? Menangis ( Oh! Tidak ) , maki hamun?
Last, aku ambik keputusan diamkan je benda tu..buat macam biasa.. Dah memang xda apa kan kan kan..Aku malas nak cari masalah, nak marah2 sebab kami memang xda apa =,= Walaupon aku memang terobek hati sedetik..Terkilan mungkin..

Bila teringat je ayat x bertamadun tu aku rasa nak lempang diri sendiri laju2 je..Aku suka cari penyakit, bila dah sakit aku diamkan diri..Aku pujuk hati..Walaupon dah berkali2 aku janji aku xkan biarkan hati aku sakit,luka benanah, berdarah tapi aku tetap buat..Oh! Jahanam..

Akukah wanita yang paling bodoh untuk terus menjadi bodoh dan terus pimpin kebodohan 2 sampai bila-bila..Bila aku nak keluar dari kebodohan yang paling jahanam aku cipta sendiri..
( ayat orang x berfikir )

Sejak dari hari kejadian tu, aku cuba pujuk hati keluar dari sifat-sifat jahanam 2..terus berdiri kat tempat selayaknya aku berdiri..Terasa macam sampah, dibuang, di renyok2..Tapi aku jenis sampah yang wangi la..Eh !!

Aku brenti untuk tidak kejam lagi terhadap diri sendiri..Aku akan lepaskan apa yang aku cuba untuk genggam..Aku dah x mampu..

Kenapa perlu wujud rasa itu andai ia bukan milikku ..

**Kawan kami ada cakap..kalau dia adalah Jodoh kita, semuanya akan d permudahkan..Jadi sila main jauh2  Mr s kuasa dua

Mimpi Indah

Dah lama tak online..Tak jenguk2 FB..boleh je hidup rupanya..=,=
14.12.12 :: Sibuk nak bercerita pasal mimpi semalam
Aku terbangun dari tido lebih kurang pukul 2pg( x ingat) cam tu..Golek kiri kanan..Aku memang susah nak tido kalau terjaga mengejut cam tu..Golek lagi sekali..kemudian aku terus teringat yang aku x solat isya' lagi..Jahanam..Dari dulu x berubah perangai melambatkan solat -,-

Alang2 dah solat aku tambahkan jela solat apa yang patut di sunyi pagi tu..kemudian aku bergolek2 lagi..sedar2 je dah bunyik ayam..Oh Merdu..ishhhh..rasa baru je tido..Aku terus cari handphone ayah..( nak share kredit ) aku kan anak yang baik..haha..lama x topup malas nak layan HP..

''ko sihat? ko ok? ko baek2 je kan kat sane? org mimpi ko semlm..( ehem ingat aku x pandai cakap key yel ke )
tu mesej aku untuk kawan dan tu motif utama aku ambik kredit ayah..Lama jugak aku pegang Hp..Tenung..Senyap..
hurm..campak Hp atas katil terus blah..

Setelah berjam2 masuk bilik tengok call besepah2 mesej menderu..tula time aku tengok Hp xreply..Bila dah tinggal nak marah2..Grrrrrr..mesej 2 3..kemudian......

'' mungkin cara Tuhan nak smpaikan pada kita keadaan org kita syg..mungkin''

'' dalam hidup ni banyak dugaan tuhan pada kita..apa yang jadi tu adalah takdir hidup dari dia yang kita kena akur..anggap sebagai satu ujian..apapun doakan yang terbaik''

''tapi ko pon akan rebah sama dengan orang jugak klu ko ada time tu..betapa kuatnya dugaan..TQ sentiasa ada dengan orang..orang sayang ko''

Aku teruskan diamkan diri..cari tisu

Sebenarnya masa aku tido kali kedua tu, aku termimpi..sesuatu tentang kawan..dia berada dalam keadaan yang sangat tidak baik..macam perlukan pertolongan..dan benda yang dasyat terjadi..Apakah..Apakah..Apakah..**xtau nak crita mimpi 2 cmna..Sebab tu aku gagahkan jugak pegang Hp :p

Jadi benda yang dapat aku simpul mati ikat kemas2 yang mimpi aku tu bukan sekadar mimpi..Ya, mungkin..mcm apa kawan aku cakap..Aku tak tanya lebih2 sebab aku tau aku memang x kuat..Lagipun aku xnak dia ungkit kisah2 hitam tu..Baiknya aku..
** Mr s kuasa dua pon terlibat sekali dalam mimpi tu..Apakah Apakah Apakah =..=